Tuesday, August 29, 2017

Hobi yang terabai

Assalamualaikum...

Fine! Bulan ni terajin sikit nak menulis. Walaupun isu2 yang tak penting, tapi at least... sesuatu lah kan. Daripada blog terbengkalai macam tak bertuan.

Actually, sekarang ni KN amat sibuk dengan kerja2 ofis. Hari2 kerja start jam 9 pg dan akan balik jam 9 mlm. Sangat2 stress. So untuk alihkan sekejap perhatian terhadap kerja dan supaya tak check in di hospital sakit jiwa... KN hadap je lah blog ni sekejap.

Apa2 pun... hobi KN nak baca novel memanglah tak dapat nak buat. So... KN beli je dulu. Beli tetap kena beli. Baca tak pe lain2 kali. Hehehe. Sehingga sekarang KN dah beli 7 novel baru dan 1 pun tak habis baca lagi. Huhuhu... Terkini KN beli 2 lagi. Hahaha.

Baca sinopsis macam best je novel ni... hehehe




Terima Kasih

Monday, August 21, 2017

Bertahankah bila sentiasa menjadi orang yang dibenci?

Assalamualaikum...

Hari ni mungkin hari yang tak best dalam hidup KN. Antara redha Allah dan redha manusia... yang mana harus dipilih? Tak perlu ditanya kalau jawapan dah ada di depan mata. KN percaya Allah itu sentiasa ada untuk KN. Tohmahlah apa pun... anggaplah KN sebagai apa pun... kita tak akan mampu puaskan hati semua orang!

Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Apalah daya yang KN ada? Hidup kita memang pilihan kita. Tapi boleh ke kita memilih mengikut apa yang kita hajati tanpa pedulikan tentang orang atau manusia lain? Kalau lah boleh...

Asal Allah tahu niat KN berusaha sekarang ni... walaupun banyak hati2 yang tak puas hati dan marah. KN redha. Doakan semoga KN sentiasa tabah dan tidak berputus asa. Aamiin.


Terima Kasih

Friday, August 18, 2017

SURPRISE!!!!

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah... I'm still alive! 😍

Mungkin hari ni hari yang sangat membosankan sehinggakan KN terbuka blog KN yang dah lama gila tak jenguk. KN tau... mesti ada kawan2 KN yang rindu kan? Hahaha. level perasan tu masih tahap yang tertinggi!

Tapi apa yang lebih menyedihkan bila terbuka semula blog ni, KN dah melepaskan rezeki dari Giveaway by Abam Kie. HUWAAAA!!! Frust menonggeng tau. Nak jadi bertuah bukannya senang! 10 tahun tak tentu sekali KN boleh bertuah. Tapi tak apalah... apakan daya, rezeki buku tu bukan milik KN. Sekurang2 orang yang gantikan KN untuk terima hadiah tu boleh manfaatkan buku yang dia dapat tu. Padan muka KN. Dah dekat setahun kot tak jenguk blog kesayangan ni.



Oklah... setakat ni dulu coretan hari ni. Tengoklah kalau rajin nanti tahun depan KN tulis lagi... Hahaha. Ok. Bye!




Terima Kasih

Monday, August 22, 2016

Anak Angkat Baru

Haa... ni lah rupa anak-anak angkat KN. Anak-anak yang nak sangat bela. Sanggup habiskan duit raya nak beli kucing.

 Memang gelagat budak2 dua ekor ni buat rumah bertambah berseri.

 Me-Me & De-ni in the house!


Memang berkepit je Me-me ngan De-ni ni. Hehehe. Gambar Me-me semua tengah tido. Kuat membuta betul anak dara KN sekor tu!


Terima Kasih

Rumah Usang!

Bismillahirahmanirrahim...

Bismillah dulu sebelum nak masuk rumah usang ni... takut dah ada tuan rumah baru. Hehehe. Allah... dah lebih setahun rupanya KN tak balik rumah yang dulunya pernah jadi rumah nombor 3. No 1 rumah sendiri. Rumah no 2 dah tentu2 kat opis. Ni kira rumah no 3 la... Hahaha. Kasi can KN nak meroyan kejap kat sini ye... Huhuhu

Kenapa ek tetiba KN teringat nak bukak blog ni? Hmm... ntah la. Tetiba je datang teringat. Maklumlah... dah lupa pernah ada blog. Lebih setahun dah kot! Atau mungkin dah sampai musim durian? Hahaha. Boleh jadi jugak!

Bila dikenang2 balik... macam2 dah berlaku dalam hidup KN ni. Dah terlambat pun nak share kat sini. Terkini, KN agak sibuk sikit sejak ber'anak' kecik ni. Sekali dapat kembar dua... tak sama umur dan tak seiras langsung! Tapi 2 ekor ni lah yang buat KN tak sabar2 nak balik rumah. Hahaha. Menangis kecik hati anak2 KN kalau dengar ni. Tapi seriously... hidup KN bertambah ceria dengan kehadiran budak 2 ekor tu. Satu Me-me. Satu lagi De-ni. Suka suki benak kitaorang je bagi nama. Senang2 nanti KN update gambar 2 ekor anak kucing KN tu ye... Bye bye...




Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati