Thursday, August 19, 2010

Anak tunggal lelakiku... setakat ini...


Muhammad Aiman Hakimi nama diberi... agaknya panjang sangat nama dia berat dia nak bawak nama tu... tapi suka punya pasal, mama ngan papa letak jugak nama tu. Kat sekolah, Aiman antara pelajar yang glamor... bukan sebab nama, tapi sebab perangai dia yang sangat comel dan bertuah tu... takut rasanya kalau terpaksa jejakkan kaki ke sekolah dia. Mesti mama atau papa kena panggil ngan cikgu sebab cikgu dan cikgi nak mengadu pasal Aiman nih... Nak kata nakal tak jugak... tapi cikgu kata keras hati. Suka hati dia je nak buat apa. Kalau cikgu bagi keje kat kelas, ikut suka hati die je nak buat ke tak. Mana cikgu tak hangin. Cikgu pulak dah tak tau nak buat apa. Marah? pukul? semua cikgu dah try. Agaknya pembawakan aku masa mengandung ke? Masih mencari jawapan. Apapun, doa aku setiap hari semoga anak lelakiku yang seorang ini akan jadi anak yang berguna dan soleh bila besar nanti... Amin...

Terima Kasih

1 comment:

  1. Kata my hubby... Anak lelaki yang sorang ni memang macam mama dia pun masa mengandung... degil!

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati