Tuesday, February 12, 2013

Alhamdulillah...

Itulah kalimat yang sepatutnya aku ucapkan ketika ini sebagai hamba yang bersyukur... Bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku Ya Allah... Semoga sakit ini menggugurkan dosa2 kecil yang telah aku lakukan...

Namun sebagai insan biasa yang tidak sempurna, aku masih rasa takut... takut kehilangan nikmat yang telah Engkau berikan kepada aku selama ini... nikmat mempunyai sepasang kaki yang sihat dan mampu berjalan dan berlari... kaki yang selama ini menanggung beban tubuhku... Apakah akan ditarik semula nikmat itu? Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada bersangka buruk! Ya Allah! Aku belum bersedia... adakah kesakitan yang aku hadapi sekarang ni merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih buruk? Pinggang dan sebelah kaki aku terasa terlalu sakit... sakit untuk bangun dan duduk. Seperti yang doktor pernah cakap pada aku... penyakit pinggang yang aku hadapi ni mampu untuk membuatkan aku lumpuh! 

Ya Allah! bimbinglah aku ke jalan yang benar... Kuatkanlah iman dan semangat aku andai ini takdir dan ketentuanMu... Amin...

Nota: Niat menulis bukan untuk meraih simpati sesiapa... cuma di sini aku mampu meluahkan segala apa yang terbuku di hati untuk mengurangkan beban yang ditanggung...




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati