Thursday, March 27, 2014

Outstation lagi...

Sama je macam bulan2 yang lepas, KN buat sekian kalinya menapak lagi ke Shah Alam untuk mesyuarat... Tapi perasaan untuk pergi naik flight sungguh mendebarkan selepas apa yang kita semua maklum tentang MH370. Tapi oleh kerana masa penerbangan yang tak lama sangat, KN masih boleh tenangkan diri dan fly macam biasa... Ingat jugak, itu semua kuasa Allah. Kalau dah ajal kita, bila dan cara bagaimana nyawa kita diambil tu semua Allah dah aturkan dan kita tak akan boleh elak. 

Alhamdulillah, KN selamat mendarat kat Subang Airport pukul 11.30 malam hari selasa dari Kuala Terengganu. Perjalanan lancar je. Cuma masa dekat2 nak landing tu bergegar juga flight sebab hujan lebat. Allahuakbar! Tuhan je yang tau perasaan KN masa tu... 

Lepas tu elok2 sedap dok meeting, dapat pulak whatapps pasal sayap Malindo terbakar! Lebih specific lagi flight tu dari Subang ke Kuala Terengganu. Alahai dugaan betul!


#Motif entry ni adalah nak bagi tau kepada member2 KN yang rajin datang melawat tu... nanti KN terjah umah awak2 semula bila dah balik dari outstaion ye... See u...


Terima Kasih

Monday, March 24, 2014

Jom lontong!

Jom breakfast ngan lontong pagi ni... dah lama sangat tak bersiaran oleh kerana sibuk bercuti ke Kota Baharu. Menghadiri majlis kahwin sepupu dan banyak yang perlu dibantu... Namun masih sempat melawat Rantau Panjang dan membeli kuali dan sebagainya... hehehe. Penat!

Best sangat lontong ni... lemak berkrim! Kat medan selera batu burok je ada... hehehe


Terima Kasih

Thursday, March 20, 2014

Untung la...

Cuba teka... apa ni?

Actually, KN baru balik daripada Felda Residence Hotel. Ambik baucar buku student2 KN. Untung lah diaorang ni... Masa KN belajar dulu2 takde pun!

Oppss! tipu sangat! Tahun lepas KN pun dapat jugak baucar buku cam ni... sebab KN pun sebenarnya student lagi... KN sambung buat master sekarang... cuma sem ni KN tangguh pengajian kejap sebab terlalu sibuk dengan kerja... Harap dapat sambung semula secepat yang mungkin...

So, kepada student2 yang dapat baucar buku cam ni, sila gunakan baucar buku ni dengan sebaik2nya ye?


Terima Kasih

Wednesday, March 19, 2014

UFO mendarat belakang rumah?

Propa je tu... hehehe... Alkisahnya mesin basuh KN ni... masa ni lah dia nak buat hal! Abih lenguh 1 badan. (hehehe... manja!). Agaknya motor dia ada masalah kot. Mesin tu boleh je gerak. Masalahnya bunyi dia masyaallah... kuat gila. 3 hari lepas masa KN basuh baju, tetiba KN dengar bunyi kuat macam bunyi guruh. Tapi tak berenti. Apa lagi berlari KN ke belakang rumah. Kot lah ada kapal angkasa mendarat ke apa! Rupanya bunyi dari mesin basuh KN. Dengan gabranya KN pun off kan mesin tu. Bila KN angkat je muka rupanya abih jiran2 KN keluar belakang rumah diaorang sebab ingatkan bunyi apa lah! Alamak! Malunya...

Hari ni dah masuk hari ke-3 tak basuh baju. Bayangkanlah... So, dah start hantar dobi la... separuh je boleh hantar dobi... yang lain2 kena basuh sendiri sebab takut rosak. Tu yang sakit 1 badan! Nak panggil orang baiki pun tak sempat lagi... nak beli baru pun rasa sayang pulak... dah 10 tahun lebih kot mesin basuh tu... 

Tapi kalau beli baru nak yang macam ni boleh?
atau paling2 pun yang ni... baru cam kapal angkasa betul! hehe

Gambar ihsan mr gooooogle

#oleh kerana dah penat sangat ni... nak kena tido awal. wassalam...


Terima Kasih

Drama...

Hari ni KN sampai ofis cam biasa. 7.30 pagi sampai, KN parking kete kat belakang ofis. Cari bawah pokoklah konon. Oleh kerana selain pak guard KN adalah orang yang pertama sampai ofis ni... so pilih je. Nak parking bawah pokok? Depan ofis? belakang ofis? Ikut suka hati je... So, hari ni KN pilih parking tepi ofis dan mengadap umah jiran. Bukan jiran sebelah rumah! Tapi ada rumah belakang ofis!

Hajat di hati tak nak masuk ofis terus... nak lepak je kat dalam kereta dulu. Sambil dengar radio dan main2 ipad. Tapi tiba2 KN nampak ada sorang kakak ni jalan laju gila dan terus masuk dalam umah jiran ofis KN tadi yang betul2 depan kete KN. Lepas tu KN dengar kakak tu cakap sambil jerit2 dan setiap butir perkataan dia semua KN dengar. Bergaduh dengan suami dia rupanya... Agaknya memang dia jerit kuat gila sebab KN yang kat dalam kete dengan pasang aircond dan radio ni pun boleh dengar!

Serba salah pulak KN tadi... nak keluar dari kereta masuk ofis, kang diorang cakap KN nak dengar diaorang gaduh pulak! Ishhh... memang drama la! Apa yang KN boleh buat adalah buat2 tak dengar!

Tapi kejadian tadi buat KN cuba fikir, apa yang diaorang fikirkan ketika bergaduh sesama sendiri tadi seolah2nya tak de orang lain kat sekeliling. Sang suami tadi diam je... agaknya malu dengan kelakuan isteri dia. Ye lah... isteri dah jerit2 sampai habis jiran2 lain dengar! Apa yang KN boleh simpulkan rupanya sang suami tadi berkahwin lain. So, faham2 lah. Tak payahlah KN cerita apa yang digaduhkan... cukuplah buat pengajaran kepada KN. Semoga Allah permudahkan urusan mereka tadi dan jauhkanlah kehancuran di dalam rumah tangga KN. Amin.

gambar hiasan





Terima Kasih

Tuesday, March 18, 2014

Cheezy Lekor

Dah jadi orang Terengganu kan... keropok lekor memang tak lepas... Jemput ye... KN lunch ngan cheezy lekor je tengahari ni (padahal dah kenyang pekena nasi minyak daging merah dah pagi tadi...hehe) sambil tunggu Aiman yang dah balik dari kem.

emm... yummy!


Terima Kasih

Monday, March 17, 2014

You Comel & I Comot!

Tengah membelek2 photo kat FB untuk di'delete', tetiba terjumpa gambar KN dan Mr Eddy masa kecik2 dulu... rasa tak sanggup nak tengok... kelakar! So, KN mula terfikir...

You anak Cikgu & I anak mekanik!
You duduk Terengganu & I kat Penang!
You kecik dulu comel & I masa kecik dulu comot!

agaknya lah... 
kalau kita pernah jumpa masa kecik2 dulu... You suka kat I tak?

Tetiba rasa terharu dan bersyukur... Jodoh pertemuan, ajal dan maut...
Allah dah tentukan...

Semoga Jodoh kita berkekalan sampai ke syurga...

 Mr Eddy

Nanie Dean



Terima Kasih

CPUV lagi...

Ha! hambek... nak sangat!
7 skali tengah running skarang...
Amount tak banyak pun... hehehe

Lepas ni kita try Blockbuster Campaigns pulak ye!

Alhamdulillah
Tq to Nuffnang & Readers!





Terima Kasih

Sunday, March 16, 2014

Aiman @ Kem Motivasi

Tetiba malam ni rasa sunyi lah pulak... biasa anak teruna KN ni asyik menempel je kat sebelah... sambil tengok tv. Hari ni buat pertama kalinya dia berpisah ngan mama... biasanya mama yang tinggalkan dia masa outstation... dia dah biasa. Kali ni dia pulak yang tinggalkan mama. Mama pulak yang rasa tak keruan! Tak biasa duduk rumah tanpa dia... sob sob sob...

Ntah macamana lah keadaan dia kat kem tu. Semalam punya lah excited... siap tak sabar nak tido sebab nak cepat2 bangun. 1st time nak gi kem. Biasanya KN ngan En Suami tak pernah lepaskan dia ke mana2 tanpa mama ngan papa. Dia takkan dibenarkan tido di tempat yang tak de mama atau papa. Sebabnya... dia tak pandai nak jaga diri sendiri... maklumlah anak teruna... manja pulak tu... sampai dah umur 12 tahun, tak pandai nak berdikari lagi... bab baju, mandi, makan semua mama yang guide lagi camana nak buat!

So, dengan berat hatinya KN bagi dia pergi kali ni sebab nak dia belajar berdikari... tapi dalam masa yang sama, KN kena redhalah kalau ada barang yang hilang atau yang terlebih dia bawak balik nanti... hehehe... budak2! Walaupun semalaman KN pesan macam2... biasanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri dia je!


 Ingat lagi masa ni dia baru darjah 1...


Sekarang dah darjah 6... dah macam YB pulak mama tengok! Yang penting body maintain!



Terima Kasih

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-ayuinsyirah-mencari-rakan-blogger.html

Klik banner kalau nak join ye...

KN berasal dari Pulau Pinang... and I'm so proud to be a Penangite! hehehe



Terima Kasih

Friday, March 14, 2014

Lepas gian ke pasar!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...Di hari jumaat yang penuh barakah ni jom sama2 kita doakan yang terbaik buat MH370.

Untuk makluman semua, hari ni KN cuti! Dok Terengganu kan...

Setelah lebih sebulan, hari ni KN pegi pasar... lawat taukey ayam yang agaknya dah rindu sangat kat KN... hehehe... Gurau je tu... Dah namanya nak pegi pasar, mestilah nak beli belah kan? Dah lama tak jenguk pasar ni... Padahal dekat je dengan rumah. Sekangkang kera je kot! Sebabnya En Suami KN dah warning awal2... tak leh pegi pasar buat sementara waktu sehingga disahkan gagal mengandung untuk IUI kali yang ke-3 ni. Dan secara rasminya semalam dah tau yang usaha tersebut gagal! Makanya, untuk melepaskan gian nak gi pasar, kul 8 pagi tadi KN dengan anak bujang KN dengan jayanya mengadap nasik lemak kat pasar tu!


Actually, KN ni pernah ada pengalaman pahit pasal makanan ni. Anak ke-3 KN meninggal pun antara sebab musababnya adalah kerana kuman daripada kucing. Kalau semua pernah dengar pasal kuman 'toxoplasma' yang biasanya ada pada kucing, daging mentah, telur mentah dan buah-buahan yang dah tercemar... Boleh baca kat SINI akibat yang KN tanggung dari kuman tu. Maaflah ye kepada peminat2 kucing... KN dah serik! So, apa kaitannya dengan pasar? Tak de kena mengena pun pasar dan kucing ni... Cuma En Suami tak nak KN terkena jangkitan dari sebarang anasir2 yang boleh membahayakan kandungan... hingga ke tahap KN ni kena makan masakan rumah sahaja ataupun makan makanan panas kat restoran... Tapi hari ni dah boleh break the rules!

Rutin perjalanan KN kat pasar ni sama je... 1st skali, Aiman mesti akan singgah kat Sate Ikan... ada banyak peniaga sate ikan ni... tapi yang ni je yang dia nak!




Lepas tu akan stop kat gerai jual nasik lemak. Lepak kejap kat sini.


Lepas tu... gi beli roti nan pulak untuk 2 beranak yang tak ikut tu... (Hari cuti kan... lepas subuh tido balik)

Lepas dah kenyang semua... barulah perjalanan membeli barang masakan bermula...

Balik je rumah, sambung mengemas pulak... dan sekarang ni, dah settle semua... apa lagi, En Suami gi swimming, Puan Isteri pulak surfing le... hehehe

Selamat berhujung minggu semua.... wassalam.



Terima Kasih

Thursday, March 13, 2014

Stress vs Coklat

KN ni kan... hari2 stress. Ntah apa yang stress sangat ntah la kan? Sentiasa bangun dengan senyuman setiap pagi (senyum dalam gelap supaya En Suami tak kata sewel!).

Untuk mengurangkan stress kerja juga, KN akan sampai 1 1/2 jam awal kat ofis (orang kalau stress kat ofis, tak rasa nak datang keje kan?). KN akan pegi beli breakfast dan makan dulu... lepas tu sebelum start waktu kerja, KN akan bukak laptop dan terus jengok blog dan terus buat lawatan balas ke blog kawan2. Tu lah rutin KN setiap hari...

Kul 9 pagi biasanya KN akan start stress dengan kerja2 pejabat. So, KN dah siap2 sediakan coklat. Kalau rasa tak keruan je... terus ngap coklat. Sikit pun jadi lah... Hmm... pada KN betullah orang kata makan coklat boleh hilangkan stress... tak kisahlah fakta ke mitos!

Antara coklat yang KN suka...


Terima Kasih

Tuesday, March 11, 2014

Suami nampak lebih muda?

Masalah ke? Agak la... 

Bagi KN, mula2 cam ok je... tak heran pun. Sebab kalau nak diikutkan KN muda setahun daripada Mr Eddy.

Tapi isunya sekarang ni... En Suami KN ni, kerap sangat balik cerita yang kawan2 baru dia cakap dia nampak muda dan tak padan dengan umur... atau staf tempat keje baru dia bahasakan diri dia 'akak' pada En Suami, padahal yang si staf perempuan tadi jauh lebih muda daripada beliau dan En Suami ni selalu rasa tak selesa! (Eleh... tak selesa konon!)

Bila dah lama2 KN pulak mula rasa tak selesa... takut pulak bila jalan ngan En Suami orang kata KN ni kakak dia ke? Alamak! parah lah kalau cam tu...

Terus terang cakap yang bagi KN, En Suami tu sesuai je dengan umur dia... mungkin sebab KN kan isteri dia... lebih kenal dia... tak kisahlah orang nak kata apa pun kan? Atau paling teruk pun, KN ni yang perasan cam muda... hahaha... sebab perangai En Suami ni cam abang2 sikit... Maklumlah... ketua keluarga!

Kawan2 KN pulak ada jugek yang kata En Suami nampak muda... tapi tak de lah pulak kata KN nampak lebih tua. Nampak tak kat situ... kawan2 KN ni sume tak sampai hati je kan... nak cakap KN nampak lebih tua dari suami dia! huhuhu

Ni lah gambar buah hati KN (next year dah 40 thn). Sila lah nilaikan sendiri... Nampak dia cam lagi muda ke? Tak kan? Sila lah ambil hati KN sikit... hahaha



Terima Kasih

Monday, March 10, 2014

CPUV bertambah lagi...

Amboi... suka sangat kan? KN ni bukanlah nak cari makan dengan berblog... berblog ni hanya untuk suka suki berkongsi kisah suka duka KN je... Cuma bila KN diperkenalkan dengan Nuffnang ni, KN pun cuba2 lah nasib... orang kata sambil menyelam minum air apa salahnya kan?

So, nak ceritanya kat sini... setelah beberapa hari tak jengok kat akaun nuffnang ni... tetiba bila bukak je tadi, ala2 terkejut badak jugek la... hehehe... rupanya CPUV KN dah ada 6 yang sedang on going...

Dengan itu... KN berkali2 nak ucapkan thank you banyak2 kat nuffnang dan thank you banyak2 jugak kat pelawat2 blog KN ni...


Sebenarnya KN ni kecoh sangat sebab dah lama kot KN tak ada CPUV kat blog... kalau perasan, 2 yang kat bawah tu adalah buktinya... dalam tahun 2013 hanya 2 je CPUV yang berlegar2 kat blog KN ni. Sedeh!

So, sejak awal tahun ni, KN pun try la google2 cari cara nak tambah CPUV ni... So, antara cara yang KN buat (berdasarkan carian di blog2 otai):

1. KN update profile dan survey kat blogger bio.
2. Submit ticket atau email pada pihak nuffnang soklan biasa2 pun tak pe... KN bantai tanya soklan dalam bahasa melayu je.... hehehe.
3. KN akan pastikan trafik ke blog sentiasa meningkat... kena rajin blogwalking la...

Rasanya tu je yang KN rajin nak buat. Walaupun kalau tengok CTR atau CTR Bonus tak de lah gah sangat, tapi KN puas hati... maknanya, cara yang disuggestkan oleh otai2 ni boleh pakai la... hehehe

Harap dapat membantu kawan2 blogger yang baru2... bagi otai2 blog harap dapat komen jugak kot ada info yang boleh ditambah lagi...


Terima Kasih

Ya Allah, selamatkanlah mereka!

Jom kita sama-sama berdoa!

Ya Allah...
Selamatkanlah para penumpang dan anak kapal MH370
Semoga mereka semua berada di dalam lindungan-Mu
Amin.

PRAY FOR MH370


Terima Kasih

Friday, March 7, 2014

Emergency Couple - Drama Korea



Helloooo... sekarang ni KN tengah gila tengok cerita ni... sebab apa??? Sebab KN ni peminat setia Running Man ok! Apa pulak ada kena mengenakan? Sebabnya heroin cerita ni adalah Song Ji Hyo.

Kalau sesapa yang kenal dan minat juga dengan Ji-hyo ni mesti terasa nak tengok cite ni... hehehe

Nak tengok Full Episod boleh tengok kat SINI

Apa yang boleh dikatakan... cerita ni best. Romantic Comedy!



Terima Kasih

Menangis dalam tidur

Bangun pagi tadi KN rasa muka KN basah macam baru lepas menangis yang beria. Lepas sejenak berfikir, baru KN ingat yang KN mimpi pasal adik (arwah anak bongsu KN yang hampir 3 tahun tinggalkan kami). Dalam mimpi tu KN tak nampak pun adik. Tapi KN mimpi KN peluk barang2 adik dan menangis rindukan adik! Akhirnya air mata KN berjurai sehingga entry ini ditaip...

Adik... Mama MISS YOU SOOO MUCH!


Terima Kasih

Thursday, March 6, 2014

I am a Penangite!

KN dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang. Sekolah pun kat Penang... tapi start masuk U hinggalah sekarang ni, KN dah tak bermastautin lagi kat Penang... tambahan pulak Mr Eddy orang Terengganu. So, terpaksa beralah dan sekarang ni bermastautin di Terengganu. Beralah ke? Yang pasti, sayang punya pasal... ku turutkan saje... Namun, tanah tempat tumpahnya darahku tetap di hati!

Entry ni tercetus sebab dah lama tak balik Penang dan hati ni meronta2 nak balik kampung! Rindu mama dan anak2 buah sangat2!

Adik bongsu KN pulak dok provok dengan gambar Penang Bridge yang baru tu... Lagi lah... padahal jambatan je pun kan!



Tak boleh jadi ni... hujung bulan ni confirm kena balik Penang... nak rasmi jambatan baru. Hehehe



Terima Kasih

Thank You...

Kepada geng2 yang sudi namanya dimasukkan ke bloglist KN yang tak seberapa ini... link blog anda sume dah KN masukkan ke dalam bloglist KN... Jom selamat terjah menerjah!


Terima Kasih

Monday, March 3, 2014

Percutian tak dijangka...

Esok Terengganu cuti. Yes! Hilang sekejap perasaan stress. Baru pagi tadi balik dari outstation di Shah Alam. Lepas tu suka suki je buat planning ngan Mr Eddy nak bawak anak2 jalan2 kat Kuantan pulak. Malam ni plan nak gerak. Dekat je pun. 2-3 jam sampailah kot. Esok malam gerak balik semula...

Sekali fikir macam buang masa dan tenaga je... Serta buang duit! Tapi bila fikirkan KN dan Mr. Eddy dah tinggalkan anak2 sbb dua2 orang kena pergi outstation dalam masa yang sama, so kita decide nak pujuk balik hati anak2 dengan bawak diaorang jalan2... Harap berkesanlah tu. Hehehe

Tapi KN sangat bersyukur sebab dapat anak2 yang sangat memahami dan tak kisah pun kena tinggal (lagi suka kot!) sebab boleh main je... Tak de mama ngan papa nak suruh buat tu buat ni... Cuma kadang2 KN je yang rasa ralat sebab kesibukan ni lah yang buatkan KN rasa anak2 kurang kasih sayang... Bila diaorang dah pandai berdikari, KN pulak rasa bersalah. Sbb anak2 sedara KN yang sebaya dengan diaorang masih manja lagi dengan mak dan ayah.

Tapi bila difikirkan semula, Allah kurniakan kelebihan dan kekurangan pada setiap hambanya. Ada orang yang ditakdirkan tak perlu bekerja keras untuk mencari sesuap nasi dan ada juga yang sebaliknya. So, KN harap semoga KN dan keluarga akan menikmati masa bersama dengan sebaik2nya... Amin...






Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati