Monday, August 22, 2016

Rumah Usang!

Bismillahirahmanirrahim...

Bismillah dulu sebelum nak masuk rumah usang ni... takut dah ada tuan rumah baru. Hehehe. Allah... dah lebih setahun rupanya KN tak balik rumah yang dulunya pernah jadi rumah nombor 3. No 1 rumah sendiri. Rumah no 2 dah tentu2 kat opis. Ni kira rumah no 3 la... Hahaha. Kasi can KN nak meroyan kejap kat sini ye... Huhuhu

Kenapa ek tetiba KN teringat nak bukak blog ni? Hmm... ntah la. Tetiba je datang teringat. Maklumlah... dah lupa pernah ada blog. Lebih setahun dah kot! Atau mungkin dah sampai musim durian? Hahaha. Boleh jadi jugak!

Bila dikenang2 balik... macam2 dah berlaku dalam hidup KN ni. Dah terlambat pun nak share kat sini. Terkini, KN agak sibuk sikit sejak ber'anak' kecik ni. Sekali dapat kembar dua... tak sama umur dan tak seiras langsung! Tapi 2 ekor ni lah yang buat KN tak sabar2 nak balik rumah. Hahaha. Menangis kecik hati anak2 KN kalau dengar ni. Tapi seriously... hidup KN bertambah ceria dengan kehadiran budak 2 ekor tu. Satu Me-me. Satu lagi De-ni. Suka suki benak kitaorang je bagi nama. Senang2 nanti KN update gambar 2 ekor anak kucing KN tu ye... Bye bye...




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati